12.09.2011

AKTIVITI DI PRASEKOLAH

Aktiviti-aktiviti yang disediakan bertujuan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun dan direkabentuk untuk meningkatkan kemahiran perkembangan kanak-kanak supaya mereka dapat memahami dengan lebih mendalami tentang isi pelajaran yang ingin disampaikan. Saya berharap dengan menggunakan pendekatan tema melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dapat mencapai objektif pengajaran saya. Pada minggu ini, saya akan mengajar kanak-kanak tentang  Diri Saya.Oleh itu, saya akan menggunakan kaedah bercerita, video,  lembaran kerja dan nyanyian untuk membimbing kanak-kanak.